Saturday, April 30, 2011

New Talent... Ms. Nurul Ainina

Seorang talent yang buat pertama kalinyer berada di depan lensa kamera.. masih malu2 tapi mau...:) masih keras ketika diarahkan beraksi.. namum beliau mengikut arahan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh aku dengan team aku... wajah ala-ala bollywood lagi gitu..:)Tak lupa pada MUA yang terus setia dengan aku.. Zue Che Ros (0172504548 untuk dapatkan perkhidmatan Make-up dinner..engagement.. wedding..)  walaupun sebenarnya tak berapa sihat tapi sangup jugak datang untuk mencantikkan lagi wajah Talent.. terima kasih...:) kejadian ini aku dengan team aku rakamkan di taman tasik perdana. berikut beberapa shoot yang diambil untuk dipertontonkan pada perlihat di blog ini... terima kasih...




@ Gym


Buat pertama kalinya aku dengan team aku mencari sesuatu kelainan dari sebelum ni... asik buat photoshoot kat taman laa.. kat atas bukit laa... kat dataran la.. maka kali ini kami telah sepakat membuat satu sesi photoshoot kat GYM yang mana GYM ini hasil ehsan dari model lelaki serta usaha salah seorang dari team aku.. ahli2 yang terlibat.. Photograher : Aku.. Kimi.. Yan...  MUA merangkap Model Wanita : Chinta One-Da.. Model Lelaki : Peeq Eazy Pee @ GYM Menara MAA...
















Wednesday, March 30, 2011

Belajar Cara Bagaimana Nak Ambil Gambar Waktu Malam Bersama Adhadi Mohd

Gambar2 ni di ambil sewaktu belajar cara2 ambik gambar pada waktu malam yang telah di ajar seorang sifu yang memang terkenal di kalangan photog di Malaysia ni... beliau yang merupakan cekgu yang bertangungjawab mendidik aku sampai ke tahap ni sekarang... terima kasih cekgu... mcam mana nak kenal cekgu tu senang je... http://www.adhadimohd.com/ tu la webside dia....berbalik pada gambar2 ni.. tak der ape yang menarik sebenarnya almaklum la baru belajar kan kan...so nak cite banyak pun tak reti nak karang aper dahh... model2 dalam pic ni terdiri dari.. ida idhi, faiza halim dan yaya adalia... yang mana satu mereka.. anda teka la sendiri...:)






dalam banyak2 gambar.. gambar kat bawah je aku edit skit kasi seram la konon kan padahal tak seram pun.. korang rasa seram tak.. hehehehe poyo je aku kan.. hahahhahaaha..
 gambar kat bawah ni aku wat "paning" itu la hasilnyer.. cekgu kata memang cun walaupun ada org lain lagi cun.. ape pun.. aku banga dengan kerja aku...:)

Monday, March 28, 2011

Majlis Makan Malam Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya Dengan tema "Pabila Larut Malam"

ini merupakan majlis makam malam pertama aku snap sejak bergelar photographer ni.. walaupun ia hanya sekadar majlis makan malam tempat kerja aku tapi aku tak kesah sebab aku dapat belajar bagaimana menjalankan tugas di majlis2 mcm ni sebelum aku menghadapi majlis yang grand2... banyak betul kesilapan aku buat masa tu nasib baik aku cepat perbetulkan kalu tak mesti tarik muka orang yang telah memberikan kepercayaan kat aku.. dan setelah storybook di cetak dan dipertontonkan.. bos aku puas hati walaupun hakikatnyer aku sendiri tak puas hati..:D mana tak nyer.. ada 1 2 page yang mana gambar nyer terover sharp nasib baik la tak mencacatkan keseluruhan ablum...yang ni bukan susunan asal storybook tu yang ni aku memperingkaskan lagi sekadar mengambarkan suasana je.. kalu nak susun betul2 aku ingat 6 7 page pun tak cukup.. lagi pun ini sekadar untuk aku kongsi dengan pelawat2 yang sudi melawat blok aku ni... terima kasih...