Sunday, March 27, 2011

@ THE PEAK

Operasi ni berlaku pada 19/3/2011(Sabtu) 6ptg lokasi.. The Peak Ampang ... walaupun pada asalnyer operasi ini mcm hendak2 je dibatalkan atas sebab hujan yang turun  sekitar Lembah Klang dari pagi  ni namun atas semangat yang ada berbekalkan senjata yang telah lengkap berserta sasaran yang telah di kenal pasti.... maka... operasi diteruskan oleh penembak2 yang tegar yang terdiri dari Sarjan Kimi(Conan 7D) Sarjan Yan (Canon 550D) dan aku tak der pangkat lagi (Nikon D300S).. untuk menembak target yang telah sedia menanti... target2 utama.. Wanda dan Nor Sabarena yang telah menonjolkan diri secara terang2 untuk dijadikan target utama (terima kasih atas kesudian kalian berdua sudi menjadi target utama budi dan jasa dikenang)...tak lupa guna penyampai2 maklumat utama yang mana terlibat secara tidak langsung dengan Operasi ini Zuewan(MUA) dan koncu2 nyer yang datang memberikan sokongan.. seperti biasa la yerr... komen2 dialu2kan... kalu tak nak tak per... lalalallala   (Eh ape benda la aku merepek ni) layannnnnnnnnnn.....










Pakej-Pakej Perkahwinan




Note: *Pakej-pakej di atas tidak termasuk kos tambahan sekiranya luar lembah klang.
         

Monday, March 14, 2011

Model : Cik Sha

Di waktu kelapangan ini la kerja aku jika takder job yang mengkehendakan aku untuk melakukannyer... maka kali ini Cik Sha seorang model yang dikenali ramai sudi untuk di snapkan gambarnyer oleh aku yang tak seberapa pro ni... gambar ini telah di ambil di dalam sebuah bilik hotel(maaf yer tak boleh cakap hotel mana.. :D..) tapi bukan aku dengan dia je ada dalam bilik ni.. kawan baik aku kaki canon gak ada saudara kimi dan jugak MUA.. Tya Adanan yang mana tukang mekab terkenal jugak... walaupun banyak lagi gambar yang aku rasa mcm bolehhhh je aku taruk dalam ni tapi.. hehehehe cukup la 3 ni je yer.. kalu ada komen tu.. komen je aku tak kesah pun asalkan komen membina diri aku gak nati.. jangan hentam aku dengan hentaman merobohkan sudahhh....  selamat melihat..

Razmy & Irni....

Saturday, March 5, 2011

Koleksi Seri Andaman Zyan
MUA: Zyan
Talent : Nor Sabarena & Aulia Zaini

Koleksi Seri Andaman Zyan menyediakan perkhidmatan adaman dan sewaan pakaian untuk majlis perkahwinan, Majlis Pertunangan di samping sedia menerima tempahan untuk majis lain seperti makan malam dan sebagainya... untuk tempahan sila hubungi Zyan di talian: 0132155351..





Monday, February 28, 2011

Majlis Perkahwinan Khairul & Erni/Syarul & Zura

Khairul dan Zura merupakan adik beradik. Majlis pernikahan Khairul telah berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 31/12/2010 manakala majlis persandingan pada 1/1/2011.
Majlis Pernikahan Zura telah berlangsung pada 7/1/2011. Majlis Persandingan Khairul&Erni/Syarul&Zura telah di adakan serentak pada 8/1/2011.
 SELAMAT PENGANTIN BARU KHAIRUL&ERNI DAN SYARUL&ZURA..
Moga kekal hingga ke akhir hayat.. aminnnn






Tuesday, December 21, 2010

Majlis Cukur Jambul Auni Marsya



Majlis Cukur Jambul Auni Marsya... anak kepada Puan Myzatul Farah dan suami yg telah berlansung pada 18 Disember 2010 persamaan 12 Muharam 1432 Hijrah di Rembau, Negeri Sembilan... Majlis ini juga merupakan majlis cukur jambul pertama bagi saya sejak berkecimpung dalam dunia Photography ni... dan ini la hasilnya.....